Blog Archive
Thursday, July 17, 2008
Kegemaran Saya
Setiap orang ada kegemaran masing-masing.Menunggang basikal ialah kegemaran saya sejak kecil lagi.Saya suka menunggang basikal kerana bagi saya ia sangat seronok.Saya selalunya menunggang basikal di Taman West Coast bersama teman akrab saya iatu Adelin Nur Ain.Kadang-kala saya menunggang basikal dengan kakak saya jikalau kawan saya sibuk dengan kerja sekolahnya.Dahulu,semasa saya menunggang basikal dengan kakak saya,kami bercadang untuk berlumba bersama.sesudah itu saya tercampak ke arah tepi jalan raya.Apabila saya terbaring di situ,alangkah terkejutnya saya apabila melihat sebuah motosikal yang hampir melanggar saya.Saya pun bangun dengan segera bersama dengan luka-luka yang saya alami.Dahi saya pun tercedera dengan darah yang mengalir dengan tidak berhenti-henti.Sejak hari itu saya tidak berani untuk berlumba basikal dengan sesiapa pun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment