Thursday, July 24, 2008

Guru Kegemaran Saya

Guru kegemaran saya ialah Encik Dani.Saya suka dia kerana dia sangat baik dan peramah orangnya.Maksud saya suka wataknya bukan suka cinta.Dia guru darjah saya.Dia mengajar saya selama dua tahun.Saya sangat beruntung kerana dapat guru seperti dia.

Masakan Ibu Saya

Saya suka masakan ibu saya kerana ia sangat lazat.Setiap hari saya sangat gembira kalau waktu makan bersama.Saya pun tadak tahu ibu saya belajar masak dari mana.

Mengambil Peperiksaan PSLE saya

Saya berasa sangat gementar kerana pada tahun ini saya akan menduduki dalam peperiksaan PSLE.Saya berasa sangat gementar kerana saya takut gagal dalam peperiksaan tersebut.Tetapi saya berjanji dengan diri saya sendiri saya mahu lulus dalam peperiksaan PSLE.

Wednesday, July 23, 2008

Sekolah Saya

Sekolah saya tidak berapa canggih.Tetapi saya tidak kisah cantik atau tidak kerana saya di sini mahu menuntut ilmu.Saya suka guru-guru di sekolah kerana mereka sangat peramah.Tetapi ada juga lah guru yang amat sombong.Tetapi saya tidak peduli. hehe

Tuesday, July 22, 2008

Bila selalunya saya melancong???

Saya dan keluarga saya selalu melancong pada hari cuti sepertinya DISEMBER dan JUN.Saya suka mengajak ibu dan ayah saya ke tempat yang releks.Saya menggemari melancong kerana ia boleh menenangkan fikiran saya semasa di sekolah saya stres memikirkan tentang pelajaran saya.Tetapi satu perkara tentang saya yang pelik ialah kalau saya pergi melancong,saya tidak mahu pulang ke Singapura kerana di tempat Singapura tidak ada perubahan.Di negara orang,walaupun tempatnya kotor atau tidak menarik saya tidak mahu pulang ke Singapura kerana Singapura amat bosan.

Tentang diri saya

Halo kawan-kawan saya disini ingin memberitahu anda sedikit sebanyak tentang diri saya. Saya suka bertemankan orang-orang yang peramah dan pandai bergurau senda agar saya dihiburkan oleh mereka. Itu sudah pasti! Saya akan merasa bosan jika saya sendiri di rumah dan saya akan menelefon teman karib saya untuk berbual atau selalunya melakukan tugasan sekolah melalui telefon.

Jenis baju traditional saya

Baju traditional saya yang saya pakai pada hari Keharmonian Kaum ialah sejenis baju Panjabi,warna hijau.Saya membeli baju itu di Indonesia,Jakarta.Saya sangat mesra kerana saya dapat memakai baju traditional kaum bangsa lain iatu,Panjabi.Setiap tahun,semasa hari Keharmonian kaum,saya sering mengganti baju traditional kaum lain.

Monday, July 21, 2008

Hari Keharmonian Kaum

pada hari keharmonian saya berasa sangat gembira kerana dapat mengenali kaum orang lain.Saya memakai baju yang berwarna hijau pudar.Saya meminjamkan baju kurung saya yang berwarna hitam dengan Jemima, kawan saya dari Filipino.Saya meminjamkan kerana dia ingin mengenali kaum Bangsa Melayu.Itu pun baju Filipinnya sudah tidak muat untuk dipakainya,jadi saya ada hati untuk meminjamkannya.Pada hari itu juga,guru saya Cikgu Juwani mengambil gambar murid-murid yang memakai baju traditional.

Thursday, July 17, 2008

Kegemaran Saya

Setiap orang ada kegemaran masing-masing.Menunggang basikal ialah kegemaran saya sejak kecil lagi.Saya suka menunggang basikal kerana bagi saya ia sangat seronok.Saya selalunya menunggang basikal di Taman West Coast bersama teman akrab saya iatu Adelin Nur Ain.Kadang-kala saya menunggang basikal dengan kakak saya jikalau kawan saya sibuk dengan kerja sekolahnya.Dahulu,semasa saya menunggang basikal dengan kakak saya,kami bercadang untuk berlumba bersama.sesudah itu saya tercampak ke arah tepi jalan raya.Apabila saya terbaring di situ,alangkah terkejutnya saya apabila melihat sebuah motosikal yang hampir melanggar saya.Saya pun bangun dengan segera bersama dengan luka-luka yang saya alami.Dahi saya pun tercedera dengan darah yang mengalir dengan tidak berhenti-henti.Sejak hari itu saya tidak berani untuk berlumba basikal dengan sesiapa pun.

Salam Pengenalan

Salam pengenalan.Nama saya Siti Hazarina.Saya bersekolah di Sekolah Rendah

Blangah Rise.Saya merupakan anak bongsu di dalam keluarga 6 orang.Saya berasa besar hati kerana dapat bertanding dalam pertandingan ini.Saya berharap dapat mempertingkatkan tahap Bahasa Melayu saya setelah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.